"Suruhlah dia KIV dulu , kita gi sama-sama ngan Faisal sekali!".
Itulah harapanku. Persiapan Haji untuk pergi turut aku perhitungkan untuk bakal-bakal isteri anak-anak lelaki juga. 7 tahun dari sekarang tentulah mereka sudah berumah tangga waktu itu dan seboleh mungkin mereka juga turut tersenarai untuk kami dapat pergi bersama-sama. Setidak-tidaknya mereka sudah mendaftar dari sekarang jadi pastinya usaha membuat rayuan selain doa akan kami lakukan diwaktu kami sudah bersedia untuk pergi.
Kadang-kadang kelakar juga kerana mereka sendiri tidak pasti siapa jodoh mereka tetapi pesan aku kalau, yang mereka rasa mereka boleh kekal bersama-sama untuk sebuah perkahwinan, pastikan mereka telah mendaftar Haji.
Tentulah teruja dihati bila mendengar nama Atie sudah tersenarai! Tapi hendak perginya jauh lagi dan perjalanan belajar Faisal juga masih jauh. Yang pasti masa depan sudah kita rancang terutama untuk sebuah Haji. Selebihnya biarlah takdir yang menentukan.
Ya Alllah , inilah usaha kami. Berkatilah ia !
No comments:
Post a Comment