September 2010

Kisah impianku membawa kesemua anak-anakku untuk menunaikan Haji bersama-sama. Sebuah perancangan , cabaran dan kesukaran yang pasti bukan kepalang payahnya . Inilah kisah sebuah perjalanan menuju Allah sambil anak-anak kami pimpin bersama . Tuhanku...mudahkanlah ia !

Ianya bermula sebaik sahaja aku pulang menunaikan Haji pada Tahun 2009. Sebuah keluarga membawa kesemua anak-anak mereka yang berusia belasan tahun untuk turut menunaikan Haji telah mencetuskan impian dan nekadku untuk turut mengikuti jejak mereka.




Pada Tahun 2017 , usia kami, Insya Allah :

Abah - 55 tahun ; Mama - 52 tahun ; Shafiq - 29 tahun ; Faisal - 26 tahun ; Alia - 19 tahun ; Aneesa - 17 tahun

Tuhanku berilah kami usia yang diberkati....

Tuesday, June 14, 2011

Duit Anugerah


"Mama, duit Anugerah kecemerlangan Alia dah sampai!', ujar suamiku .

"Kita masukkan dalam Tabung Haji"

"Tanya Alia dulu , mungkin dia hendak beli apa apa dengan duit itu" , jawab suamiku.

Petang itu pulang dari sekolah, Alia kelihatan ceria mendapat Sijil Kecemerlangan BNM seperti abang-abangnya. Ianya sudah seperti menjadi tradisi keluarga dimana setiap seorang mendapat Anugerah yang sama. Semuga Aneesa yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun hadapan akan menutup sejarah keluarga dengan pencapaian yang sama, Insya Allah.


Seperti diduga , Alia yang bukan kisah tentang berapa wang yang diperolihi , menyetujui supaya duit itu disimpan di Tabung Haji. Semuga duit hasil usaha anakku ini akan diberi keberkatan untuk sebuah Haji yang Mabrur, Insya Allah.

Saat ini , walaupun perancangan untuk pergi bertahun tahun lagi lamanya namun doa tidak pernah berhenti....

Ya Allah , jadikanlah ia usaha yang diberkati , doa yang dirahmati....