Sekian lama aku mencari Al Quran yang mempunyai transliterasi sejak diberitahu oleh Mak Ungku , dimana beliau membeli buku itu di Dubai , kalau tidak silap. Sewaktu menunaikan haji pada tahun 2009 aku mencari Al Quran tersebut di Makkah dan Madinah tetapi tiada. Mencari lagi pada tahun 2010 dan 2012 sewaktu ke Umrah tetapi tidak juga jumpa jumpa.
Tanpa disangka melihat message seorang kenalan di FB tentang AL Quran ini buat aku teruja untuk memilikinya. Alhamdullilah , akhirnya aku dapat juga AL Quran yang aku cari cari sekian lama. Semakin mudah pembacaanku kerana panduan tajwid berserta transliterasi melancarkan bacaanku. Bila tidak yakin , kemujuran aku mempunyai dua anak gadisku yang lancar mengajar dan membimbing aku tentang tajwidnya . Syukur kedua anak gadisku khatam Al Quran pada usia 10 tahun dan kelancaran tajwid mereka selalu membuat aku kagum. Kalau dulu aku yang ajar mereka mengajar sekali sekala tetapi kini mereka pula menjadi ustazahku.
Kemaruk mengaji , hampir sepanjang hari mengaji dan mengaji sejak memiliki Al Quran ini.
Sungguh aku bersyukur selain bacaan terjemahan AL Quran , kini mengaji Al Quran menjadi rutin yang semakin menyeronokkan. Baru seminggu mendaftar haji , persiapan seperti hendak pergi haji ....